Monday, 4 March 2013

Hikmah peristiwa di Lahad Datu




(Gambar ATM diatas tiada kena mengena dengan isu Lahad Datu)

Perdamaian / Peperangan ?

(Gambar menunjukkan antara muka muka tentera Sulu)



Untuk pertama kali aku review siket isu semasa yang tengat hangat sekarang ni xlain xbukan isu pencerobahan di Lahad Datu. Macam nilah, kalau mengikut pandangan bapak aku( bekas askar ).
Kematian anggota polis atas kesilapan goverment yang tidak meletakkan ATM disana.Cukop sekadar 'show force' katanya, dengan menunujuk nunjuk kereta kebal dan senapang bagai seolah olah bersedia untuk membedil  dan diletakan disekitar combat area sudah tentu dapat menakutkan penceroboh tersebut.Dalam erti kata lain perang psychologi sudah cukop, manakan tidak tentera Sultan Sulu tersebut tidak lah ramai mana  dan senjata takat senapang je.Itulah antara ape yang bapak aku ceritakan hasil pertanyaan dia secara direct dengan sahabat lamanya yang ditugaskan disana dan mengetuai salah satu cabang operasi.

Baiklah, bagi pandangan aku sendiri, isu ini perlu diteliti sebaik mungkin.Kerana ia boleh jadi melibatkan konflik kedua dua negara,Malaysia dan Filipina malah campur tangan USA.Something fishy rite here, seperti sudah dijangka.Apa apa pun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.Aku akan update info ni dari semasa ke semasa.

Kata kunci aku dapat.

1.Pencerobohan adalah kehendak Sultan Sulu itu sendiri yang terikut ikut sejarah lama.
2.Pencerobahan ada kaitan dengan PRU/politik
3.Pencerobohan adalah dendam Filipina
4.Pencerobohan adalah agenda USA dan..
5.Ia bukan pencerobohan, tapi ia penanda perang Akhir Zaman!

Ingat lagi kebangkitan islam dari timur?entahlah, kalau kait dengan semue, semue boleh jadi.Yang pasti, salah satu dari atas mesti tepat. Tapi takpe ,kita biarkan isu ini dijelaskan dengan sebenar benarnya oleh orang yang berkelayakan.Lagipun 'table talk' masih sedang dalam proses.Dalam erti kata lain, aku nampak yang kerajaan kita ini sengaja tidak mahu memperbesarkan isu dengan menembak mati kesemuanya penceroboh atas faktor sedara sesama islam.Bukan tak boleh menang!
Sebab itu aku cakap isu ini antara  paling compilcated yang pernah berlaku diMalaysia kerana ia banyak isu dan berkait dengan bermacam macam agenda,sampai sekarang kita masih belum temui agenda sebenar penceroboh, takut silap langkah, lain pula ceritanya.Cukoplah sekadar keguguran polis kita disana dan  rakyat melayu islam sulu menjadi sebab untuk kita berpikir dengan sebijak bijaknya bagi menangani isu ini dan menjadi asbab untuk kita hidup didunia ini malah lebih tepat tanah air kita sendiri untuk lebih beringat.dan  ingatlah bahawasanya, sungguh waktu akhir zaman itu teramat dekat.Ambil lah iktibar dari sekarang, dengan berubah kearah lebih baik atau paling kurang mengubah mind set yang kita.Malaysia tidak lah lagi berada dalam 'zon selesa'.

Perdaimaian adalah solution tebaik bagi aku.Menguntungkan ketiga tiga pihak, Filipina, Malaysia, Sultan Sulu. Dan paling penting menguntungkan Islam !

Akhir kata, KENAPA MALAYSIA ? kajilah sendiri :)

BIBIT BIBIT PEPERANGAN AKHIR ZAMAN SEMAKIN JELAS.

Salam.

Wednesday, 27 February 2013

Adakah benar pope xvi masuk islam?

Gempar bukan, dengar cerita macam tulah hasil dari blogwalking aku.Masih terdapat keraguan tentang kesahihan nya.Kalau betul lagi benar kenapa tidak 'kecoh'? Paling tidak keluar berita ke,news paper ke..ke hanye aku yang terlepas pandang dan tak tengok Bulletin Utama?

Baiklah, demi bersangka baik, kalau benar.Ya ! ia sebuah kemenangan bagi kita umat islam.Alhamdulillah Allah telah membuka hidayah kepadanya.Sama samalah kita mendoakan dia agar berjaya menjadi muslim yang sejati dan beriman.Sudah tentu credit kepada kita umat islam dimana dia pasti(jangkaan aku) akan membuka pekong helah kristianiti dan konspirasi penyembah dajjal/Iblis.Dan memang pasti kalau benarlah dia memeluk islam, makin ramai lah kristian yang memeluk islam. Alhamdulillah..

Akan tetapi, kalau ini semua hanyalah satu agenda bagaimana pula ? 

Masih ingkatkah lagi perihal post dari bloger Malaysia selang beberapa tahun yang lepas? Mereka telah menyalin balik perbualan tentang seorang rakyat Malaysia yang duduk di oversea berjirankan seorang paderi. Masih ingatkah pada apa yang mereka bualkan? Konspirasi researcher atau mereka yang suka membaca mesti akan tahu apa yang aku cuba sampaikan.

Pun begitu, marilah kita bersangka baik disamping berjaga jaga.Lagipun seperti yang aku udah bilang belum ada kesahihannya.Setakat ni belum ada kata putus dari mana mana para alim mahupun para bloger yang terkenal.Takpelah , kita tinggalkan soalan itu kepada mereka yang arif dan lurus dalam kebenaran.Kita juga punya tanggung jawab sendiri iaitu mengambil langkah berjaga jaga jangan makan suap je cerita mana mana tanpa usul periksa.InsyAllah selepas exam esok hari ada masa aku research perihal cerita ni.

Updated: 1 march 2013 1:20am

Orite macam nilah, cite punye cite rupe rupenye ia merupakan satu hoax.Ternyata ada segelintir yang sengaja mahu mempermainkan isu ini.Akhirnya yang haq tetap menang.Aku memang dah janka sebenarnye, tak kan la pope tu berani masuk islam, comfirm kene ancaman bunuh takpun kene suap BERBILLION agar tak convert.Pengajaran disini macam aku cakap, zaman serbe canggig, dunia dihujung jari oleh yang demikian selidiklah sesuatu fakta dengan teliti.Kepada bloger malaysian yang membenarkan isu ini, henti hentikan lah,sudah terjawab dah pun. So maaf dari aku atas ketelanjuran, lagipun aku just cakap 50 - 50 percaya.

Salam, 

Sunday, 24 February 2013

Pengalaman indah

Sebentar tadi aku baru sahaje menghabiskan solat magrib disurau.Setelah merapatkan saf dan memulakan solat,kelihatan seorang jemaah disebelah kanan ku yang mengangkat takbir sama, dan dia mengikut sahaje ape perbuatanku sehinggalah habis solat.Oh rupa rupanya dia tidak berapa tahu cara hendak solat, bisik hatiku.Selesainya habis solat aku menguatkan bacaan zikir dari imam supaya dapat dia ikut sama.Kejadian ini membuatkan aku terasa sayu malah bahagia.Lihatlah, orang yang tidak berilmu pun masih mempunyai niat untuk solat, berjemaah disurau pulak tu..Bertapa jahil dan berdosanya rasa diri ini.Aku doakan kelak dia akan berjaya dalam solat dan kehidupannya.

Dalam kedinginan malam disertakan hujan renyai, lantas membuatku berfikir sejenak bahawasanya Allah amat menyayangi setiap hambanya.Tidak kira bertapa berdosa dan jahilnya seseorang itu ,masih tercelit iman walau senipis kulit bawang.Yang pasti aku akan cuba perbaiki kelemahan diri ini,sungguh masih banyak kekurangan dan kekhilafan dalam hidup ku.

Doakan aku yang terbaik sahabat. Salam.

Sunday, 17 February 2013

Pengertian ringkas tentang MURSYID dan LADUNI


Credit to http://akhzaman.blogspot.com

kasyaf dalam redha Allah
Ilmu ladunî diperoleh manusia melalui penyampaian langsung (mukâsyafah). Untuk memperoleh mukâsyafah, ia memerlukan proses yang panjang yang harus dijalani oleh manusia. 
Hal ini, kerana Tuhan (sebagai pemberi ilmu) adalah Dzat Yang Maha Suci, yang akan memberikan ilmu ladunî itu hanya kepada jiwa tertentu yang telah suci.

Manusia yang ingin memperoleh ilmu ladunnî, maka harus memiliki cara-cara atau prasyarat-prasyarat tertentu. Salah satunya adalah dengan proses “penyucian jiwa” (al-Ghazâlî membahasakanmya dengan istilah “Tazkiyah al-Nafs”).

Dalam proses pensucian jiwa itu memerlukan langkah-langkah antara lain:
Pertama, dengan melakukan takhallî, yakni upaya pengosongan jiwa dari sifat-sifat tercela;

Kedua, dengan tahallî, yakni mengisi jiwa yang telah terkosongkan itu dengan ahklak-akhlak terpuji; dan

Ketiga adalah tajallî, yakni ketersingkapan dan atau hasil yang nampak berupa kurnia keistimewaan atau karâmah yang dimiliki manusia setelah melalui dua proses takhallî dan tahallî.
Pada tahap tajallî inilah ilmu ladunî singgah. -  al-Ghazâlî
                                  


Cahaya

Harus diketahui bahawa "ILMU LADUNI" adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya" (Surah Al-Syams:7). Jiwa yang bersih dan suci bakal menerima pancaran NUR (cahaya) rohani yang benar lagi membenarkan.

Bukan semua jiwa layak menerima pancaran LADUNI ini.

Perjalanan atau Perkembalian (kepada asal - fitrah) adalah dengan tiga cara: 

1. Mempelajari semua ilmu dan mengambil sebahagian yang lebih besar dari kebanyakannya. (Penjelasannya: ialah dengan mempelajari dasar-dasar semua ilmu, kemudian kebanyakan dari ilmu-ilmu ini hendaklah diketahui pula sebahagian yang lebih besar dari kandungan. Katakanlah lebih daripada 50%). 

2. Latihan yang benar dan Murraqabah yang betul, kerana Nabi SAW. pernah menunjukkan kepada hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud: "Siapa yang beramal dengan apa yang telah diketahuinya, Allah akan mempusakakan Ilmu mengenai apa yang belum diketahuinya". Bersabda lagi Nabi SAW. yang bermaksud: "Siapa yang menyerahkan dirinya untuk Allah (beramal) selama 40 pagi, Allah Taala melahirkan mutiara-mutiara hikmah dari Qalbu ke atas lidahnya". 

3. Berfikir; bahawa jiwa itu bila beramal (menerusi ilmu-ilmu yang dipelajari) dan berlatih (beramal) dengan (keadah) ilmu kemudian berfikir mengenai maklumat menurut syarat-syarat berfikir, akan dibuka kepadanya pintu ghaib seperti seorang ahli perniagaan yang menyelenggarakan hartanya dengan syarat-syarat (yang ditentukan untuk) penyelenggaraan, akan dibuka kepadanya pintu-pintu keuntungan. 

Bila ia melalui jalan yang salah ia akan jatuh di dalam kerugian. Sekali melakukan kesalahan, sesaorang itu bakal melakukan kesalahan berikutnya. Begitulah seterusnya. Jiwa yang tercemar akan hilang cahaya dan pastinya akan menyerah diri kepada alam kegelapan. Alam kegelapan adalah alam syaitan yang dilaknat. Contoh sesaorang yang berdusta untuk menyelamat maruahnya terpaksa melakukan dusta kedua dan seterusnya demi menutupi dusta sebelumnya. 

Begitu juga sebaliknya seperti contoh: seorang pemikir itu, bila ia menempuh jalan yang betul ia akan menjadi seorang yang bijaksana dan terbuka saluran dari Alam Ghaib dalam Qalbunya; lalu ia menjadi seorang Alim yang sempurna, beraqal, berilham lagi mendapat pertolongan (dari Allah) sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud: "Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat selama 60 tahun". 

Syarat-syarat berfikir juga ada kaedahnya. Tetapi  cara dan hakikatnya adalah suatu yang samar, memerlukan penerangan yang agak lanjut dan penjelasan dengan pertolongan Allah Taala. Cukuplah dengan mengambil pendekatan mudah iaitu cuba ikhlaskan diri dan berfikirlah dengan hati bersih meninggalkan syak wasangka. 

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah An-Nur:40) 

Dan Allah yang menjadi Wali orang-orang Mukmin, 

                                        


Cara Mencapai Makrifat

Masalah Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang ilmu yang sangat khusus dan amat berbeza disegi pendekatan dan sumber perantara lmu itu.

Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarnya "betul" dalam bidang masing-masing. 

Sebagaimana berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Nabi Musa, walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai Makrifat. Jadi beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khaidir pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, jadi beliau menghukum sesuatu mengikut ilmunya. Jadi dalam perjalanan bersama-sama Nabi Musa, Nabi Khaidir telah membunuh seorang budak, membangun semula rumah yang telah hampir musnah dan mengapak kapal yang beliau tumpangi. 

Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar, Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum perjalanan. Nabi Khaidir berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, budak itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang nakal, sedangkan ibu/bapanya orang yang solleh. 

Dibawah bangunan lama terdapat harta anak yatim yang belum dewasa. Dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khaidir merosakkan sedikit (melubangi) kapal yang ditumpanginya supaya tidak dirampas oleh Raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah. Raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik. Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya dan Nabi Khaidir betul dengan ilmunya. 

Seperti juga yang berlaku pada Halaj (Abu Mansur), seorang wali Allah. Ia dihukum bunuh oleh gurunya sendiri kerana dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Anal Haq'. Pada pandangan Feqah (ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum bunuh. Setelah kepalanya dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan "La ila ha illa llah" dipermukaan tanah. 

Dalam hal ini, ahli Syariat yang menjatuhkan hukum tidak bersalah begitu juga Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu 'Zuk" atau telah fana di dalam kewujudan Allah SWT. Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Syariah adalah hukum untuk masyarakat umum dan bersifat duniawi. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam kukuh bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW. 

                                                               


Laduni dan Kasyaf

Laduni dan Kasyaf sebenarnya bukan ilmu. Ia merupakan cara ilmu itu disampaikan. Laduni bermaksud Allah memasukkan terus maklumat berkenaan sesuatu perkara kedalam pengtahuan sesaorang itu. Tidak melalui pendengaran atau penglihatan. Dengan perkataan lain tidak ada guru. 

Kasyaf bermaksud keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara ghaib yang tidak nyata pada mata kasar. Pandangan kasyaf ialah pandangan menggunakan mata basir (mata batin atau mata rohani). Kalau mata kasar menggunakan cahaya (sinar cahaya matahari atau lampu) untuk melihat, mata basir menggunakan "NUR" untuk melihat.

(Untuk mudah fahaman, kita boleh mengambil contoh berikut: bagaimanakah diri nampak sesuatu ketika bermimpi dalam tidur padahal mata zahir terpejam)

Kekuatan mata basir berbeza-beza. Paling rendah boleh melihat dimensi jin (dan syaitan). Peringkat lebih tinggi boleh melihat dimensi malaikat (alam malakut), kemudian dimensi roh. Paling tinggi ialah dimensi ketuhaan (Alam Lahut).

Jadi ilmu-ilmu ini walaupun semuanya sumbernya dari Allah SWT, ia disalur melalui cara yang berbeza. Sesuai dengan Ilmu Syariat yang bersifat zahir (paling rendah dan bersifat awam). 

Membicara perkara-perkara yang zahir semata-mata, penyampaiannya juga mesti menggunakan peralatan zahir juga, seperti guru zahir, kitab-kitab yang bersumberkan Quran dan Hadith Rasulullah SAW.

Dari sini akan bermulalah perjalanan seterusnya kepada perkara-perkara ghaib pula dengan bantuan guru mursyid. Guru Mursyid menjadi pemandu arah kepada sang murid yang masih teraba-raba dalam gelap. Sehingga mata basirnya celik, tidak lagi buta dan meraba.

Matlamat sebenar ialah untuk masuk ke alam ghaibul ghuyup (Ghaib Dalam Ghaib) yang tentunya memerlukan bantuan guru yang yang lebih tinggi darjatnya. Guru jenis ini tak perlu dicari. Ia akan datang sendiri atas perintah Allah Azzawajalla.

Tariqat ialah jalan atau cara-cara untuk mempertingkatkan IMAN, TAQWA dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah SWT. 

Jadi, untuk mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunakan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas di bawah panduan seorang guru yang mursyid, darjat IMAN dan TAQWAnya meningkat dari hari ke sehari. Hasil dari peningkatan ini, "dirinya" yang berada dalam diri zahir (jasad), menjadi bertambah kuat dan sihat. Dari sini murid akan mula faham apa itu jasad, diri dan roh.

Mata basirnya semakin terang sehingga pada suatu masa, cukup kuat sehingga boleh melihat alam ghaib atau kasyaf. Setelah kasyaf dan sudah melihat dimensi-dimensi yang dijelaskan tadi, IMANnya meningkat dari ILMU YAKIN kepada AINUL YAKIN. 

Kalau dahulu murid itu yakin adanya alam ghaib kerana percaya kepada ilmu syariat (yang dipelajari). Tetapi kini telah melihat sendiri adanya alam ghaib tersebut. Naiklah darjat menjadi AINUL YAKIN (Ain bermakna mata). Jelas pada penglihatannya.

Kemudian Allah membuka lagi lautan ilmu (maklumat) berkenaan dengan Rahsia Allah kepada murid ini melalui guru-guru ghaib pula yang terdiri daripada Wali-wali Allah atau ALLAH memberi terus melalui Laduni. 

IMAN murid tadi meningkat lagi sehingga mencapai HAQQUL YAKIN. Iaitu yakin sebenarnya-benar yakin. Inilah darjat yakin para Nabi-nabi. Setelah mengtahui rahsia-rahsia kejadian alam ini, maka dikatakan murid tadi telah mencapai HAQIQAT (Yang Haq). Iaitu mengtahui kejadian makhluk Allah di segi zahirnya dan ghaibnya (batinya). 

Setelah mendapat HAQIQAT, seterusya murid tadi dengan kurniaNYA, akan ditambah lagi ILMUnya sehingga mengenal KHALIQ, Yang Maha Pencipta iatu ALLAH YANG MAHA PERKASA. Inillah dikatakan telah mendapat MAKRIFAT. Ia itu mengenal ALLAH sebagaimana ALLAH sendiri memberi tahu mengenai diriNYA.

Sebagai kesimpulan, Tariqat itu masih berbetuk syariat kerana ia ilmu zahir. Hasil dari amalan tariqat, seseorang itu dikurniakan Haqiqat dan Makrifat. 

Guru mursyid 

Guru mursyid ialah guru yang telah mendapat sekurang-kurangnya mencapai peringkat Haqiqat kalaupun tidak sampai kepada Makrifat. 

Jika kita bukan ahlinya, tak perlulah menjadi seperti orang buta yang cuba menceritakan bentuk seekor gajah. Orang buta yang pegang belalai tentu mengatakan gajah itu seperti ular. Orang buta yang pegang kaki, kata gajah macam tiang, begitulah seterunya. 

Berkenaan persoalan bagaimana hendak membezakan sama ada sumber ilham atau guru ghaib itu yang haq (wali-wali misalnya) atau batil (syaitan). Sebagai guru mursyid, amat mudah baginya untuk mengesan apa yang terjadi kepada murid di bawah bimbingannya. Guru mursyid juga akan dapat membantu muridnya untuk segera memperbetulkan langkah. 

Guru mursyid dapat melihat dengan mata basir dan dapat mengenal siapa sebenarnya yang datang. Syaitan memang pandai merupa (menyamar), tetapi harus diketahui, mata basir amat tajam sehingga syaitan itu juga boleh dibunuh melaluinya. Sebab itu mempelajari ilmu yang berkaitan perkara ghaib perlu berguru dengan guru zahir yang mursyid.

Kalau berbicara masalah Tariqat, tak perlulah bertanyakan tentang hadis atau nasnya. Lihatlah siapa yang mengajar dan siapa pula muridnya. Mana salsilahnya. Tariqat yang betul, tariqat yang salah kedua-duanya juga jelas. 

Kalau amalan Tariqat tersebut bersalahan dengan Syariat, jangan ragu lagi. Pasti salah. Seperti solat tanpa kelakuan atau solat niat atau dipanggil juga solat batin, tentu salah kerana ia bersalahan syariat. Solat mesti ada tiga syarat iaitu niat, berkata-kata dan kelakuan. Kalau tidak menjaga aurat, bercampur laki-laki dan perempuan juga salah. 

Bahkan, semakin tinggi seseorang itu dalam perjalanannya menuju keredhaan Ilahi, semakin lazat dan merindui solat, pastinya dia sangat kasih malah akan giat mengerjakan solat. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, baginda asyik dalam solatnya, melakukan solat malam sehingga bengkak kakinya. Kalau semakin menjauhi solat atau sembahyang, sahlah syaitan atau ketua syaitan ia itu Iblis yang menjadi gurunya.

Harap jangan lakukan dosa ini pula. Perlu diingat jika sesaorang itu tidak menampakkan kelibatnya bersolat, jangan sekali-kali menghina, menuduh atau menganggap dia tidak pernah solat. Ini juga hal yang penting.

Solat itu merupakan "persembahan"  hamba kepada khaliknya bukan untuk dipertunjukkan kepada manusia atau untuk dipuji manusia. Ketahuilah memang ada manusia yang menyembunyikan amalnya dari diketahui manusia. Mereka terdiri dikalangan ahli haqiqat dan makrifat. Bagi mereka, mereka amat takut kepada bahaya "syirik" terhadap Allah walaupun ianya dipandang remeh oleh masyarakat ramai. 

Sebagai kesimpulan, jalan selamat untuk menjadi orang yang diredhai Allah SWT, mesti bermula mempelajari dan mengamal Tariqat (tariqat hanyalah kaedah atau jalan). Sesaorang yang mengamal Tariqat telah tahu dengan yakin sama ada segala amalannya diterima atau tidak oleh Allah SWT sebelum ia meninggal dunia lagi. Ia masih boleh diperbetulkan sebelum mengadap Ilahi. 

Bahkan diantara mereka ini mungkin layak dilantik menjadi Wali-Wali Allah. 

Orang syariat hanya mendapat tahu sama ada Allah redha atau tidak setelah mereka mati. Ini sudah terlambat kalau terdapat kesilapan dalam amalan sehingga tidak diterima Allah SWT.

Akhir kata, Selawat dan Salam ke atas Sayyidina Muhammad dan Ahli Keluargnya dan Sahabatnya. Cukuplah Allah yang menjadi Wakil. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar. Bermula segala puji-pujian itu bagi Allah Seru Sekelian Alam. Semoga Allah memberkati usaha hambaNya dan melimpahkan rahmat kasih sayangnNya di dunia dan akhirat. Allahu A'lam.

Saturday, 16 February 2013

Nota Kaki

Assalamualaikum

Sedang dunia dibelengu pelbagai masalah.Kini aku pasti rata ratanya ramai yang sudah 'celik mata' dengan ilmu kebenaran.Sekarang tinggal masa untuk mencari penyelesaian.Sebenarnya, didalam Islam sudah ada cara penyelesaiannya tinggal saja kita ,bagi mengamalkannya.Islam itu adalah jalan yang selamat dan sempurna, dan Allah telah menjadikan Nabi Muhammad sebagai simbol kesempurnaannya.Benar, jalan pintas ke syurga adalah melalui islam.Sedangkan Nabi Isa sendiri begitu rindu dan teramat mahu menjadi umat Nabi Muhammad.Dilahirkan sebagai seorang Islam adalah suatu hadiah yang paling besar dalam hidup seseorang manusia.Bersyukurlah kita kehadratnya, kau dan aku.. Islam.

Wahai readers sekalian, aku tahu aku tidaklah mempunyai ilmu yang cukop dan masih mentah dalam pengembaraan alam dunia ini,but.. I have a question for you, apakah matlamat hidup kalian yang sebenar benarnya? Kaya? Berpengaruh? ahh.. itu jawapan bagi pencinta duniawi.Aku yang dhaif ini mahu lihat kalau boleh jawapan yang lebih tepat dan sempurna.Kalau ada sila commentkan diruang comment dibawah ya..Jangan risau aku bukan nak judgemental, tapi mahu menambah ilmu itu aja.Sharing kan caring, tak gitu ?

Sementara Ancient Alien sudah pun masuk ke season 5, hati aku semakin tak tenteram.Kenapa agaknya ya.Takpelah aku biarkan saja.Yang penting banyak jingsclue dan jingsaw yang aku dapat selama pengembaraan imu kebeneran ini.Hanya tinggal di TRIGGER kan bak kate buah hati melayu nusantara Cik Sri Kandi.Kepada yang tergerak hati seperti aku mungkin dapat merasanya.If u really know what i mean :)

Aku dapat maklumat yang zaman kemunculan Imam Mahdi semakin HAMPIR.Maksud aku bukan hampir hampir pisang, hampir sebenar hampir!Hanya tinggal Pemuda Bani Tamim je yang aku tunggu sekarang dimana kalau mengikut hadis dan beberapa pengkaji dan pencinta Imam Mahdi beliau,PBT akan muncul dahulu dalam perkiraan 18bulan sebelum Imam Mahdi yang ditunggu tunggu muncul.Bukan nya mahu lihat dimana dan siapa orangnya, tapi persoalannya adalah sudahkah kita bersedia ? 
Apa yang aku maksudkan ialah ,zaman akhir zaman bukan leh dipandang remeh atau buat main main je, cuba cubalah buangkan segala hal duniawi sekejap termasuk segala masalah dan pikirkan sejenak.Melalui hadis akhir zaman, plot perjalanan akhir zaman sungguh berliku ! Dan tak pelik Dajjal dapat memesongkan umat manusia termasuk Islam.Sebab itu aku sarankan jangan memperlekeh kan pengkaji akhir zaman !

ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?

Topik aku berakhir disini sahaja nampaknya, InsyAllah posting akan datang lebih mencabar !oh ya sebelum terlupa maafkan aku kerana sudah lama tidak menaip disini.Harap kalian sihat dan sejahtera hendaknya dan jadilah manusia yang bersyukur.



Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka kepada orang yang mengucapkan laa ilaha illallah dengan ikhlas kerana ingin mencari wajah Allah. -HR. Bukhari dan Muslim