Monday 12 November 2012

Bencana Alam 2012

Assalamualaikum,

Sebelum ape ape aku ingin memohon maaf sekirenye kate kate aku di posting yang lepas mungkin sedikit kasar atu kurang enak dibaca bagi sesetengah pihak.Sedari bende ni bile aku letakkan diri aku sebagai 'readers' bagi blog aku snediri.Mungkin gaya bahase aku tak sesuai dan terlalu pasar.

ITULAH AKU INILAH AKU

Aku taktau gaya bahasa macam mana lagi hendak dipersembahkan, mungkin atas dasar persekitaran yang buat aku terbiase dgn care mcm ni.Terpulanglah pade readers nak menilai macam mana, korang punya otak korang punya suka.Jangan kedekut menegur  !

Ni aku nak cerite sedikit perihal 2012 ni, jengggggg... tajuk gempak bukan? Biar aku berterus lurus agar terang menerang.Aku bukan lah pakar konspirasi seperti kebanyakan yang lain yg korang kenal.Just readers je sebab aku suke memikir hal hal kerohanian ,telah aku perkatekan di posting SUNYI ITU SENI.
Dipendekkan cerite dari budak nakal sekarang baru terduduk nak menghayati keindahan kebenaran yang bagi aku penuh berliku.

Sekarang memang tahun 2012 yang ditunggu tunggu oleh semue pakar konspirasi, sejarawan mahupun org awam yg GILE kan cerite cerite mcm ni.Masih ingat cerite Holywood 2012? ya ini lah tahun die tapi
lihatlah persekitaran kite, masih makmur bukan? i meant dunia ni la, tak kiamat lagi seperti dalam cerite tu.
Korang mesti dah bace banyak info pasal konspirasi 2012 tu kan so aku rase tak perlulah aku panjang lebar nak cerite dgn detail.

Kat sini aku nak luah kan ape yang aku rase ITU dan INI lah katekann.Bagi pendapat aku 2012 adalah peralihan suansana, samada kite sedar atau tidak tapi kebanyakkan nye masih tak sedar( atau aku sorang je yg nampak @ gile bak kate dunie moden zaman pasca ni kuat mengarut, ok cukup.)atau pun korang sedar tapi buat dek, yelah nak tanak hidup kene diteruskan jugak dan setiap saat hidup sememangnye ade perbaharuan ditambah pula zaman sekarang teramat susah nak mempercayai sesuatu info yang diluar pemikiran normal.Nak tanak kene diselidik betul betul sumber tersebut supaya tiada penipuan dan fitnah yang berlaku tak pun buat bodo lantak depa lah.Tapi tidak bagi aku yg sekarang nie dimane aku suke mengkaji dan kaji setiap info yang boleh menarik pemerhatian aku.Aku sentiase berharap agar blog ni tidak menjadi medan fitnah atau cerite palsu.Kalau ade tegurlah diri ini dan aku akui  diri masih mentah dalam dunia ilmu kebenaran.

Mengikut pemerhatian aku, dunia menuju tata baru atau modernisasi.Dan kebanyakan idea idea modernisasi pada tahun permulaan dunia moden (aku maksudkan sekitar era 1900) hinggalah sekarang ade yang menjadi realiti.Holywood teramat lah suke menampilkan kertas kerja mereka di pentas pawagam samada untuk hiburan, ilmu dan sebagai nye.Sesetengah menganggap hiburan semate mate tapi tidak bagi aku, aku melihat dari pelbagai sudut dan ceita favourite aku semestinya berunsurkan  sain fiksyen kerana  ade rahsia dan knowledge yang hendak mereke sampaikan.Kadang kadang bagi aku takde lah rahsie sgt cerite yg mereka nak sampaikan sebab dah name rahsia, kenelah rahsie.Mereka seperti tak mau berahsie dah dan dengan angkuhnye mempertejemahkan di filem mereka.Seperti umum tau holywood mempersembahkan mind control yg diselit pada setiap program dorang.Mind control yg dimaksudkan lebih kepade MENGAJAR dan MEMBENTUK pemikiran agar rakyat umum mengikut acuan pemikiran yang mereke mahukan supaya ujikaji mereka berjaya( KITA ADLAH TIKUS MAKMAL ?? ).Dengan itu senanglah mereka membentuk future yang mereka idamkan.Aku tak kate semue dari mereka jahat jahat belaka, ade yang berunsurkan kebaikan.Dari sini kiite sebagai penonton hendaklah pandai menilai baik dan buruknya.Setiap rancangan mereka pula ade yg gagal ,ade yg menjadi dan setiap yg gagal ade pulak plan B nye, aihh macam macam org kapir zionis nikann, zz... Tapi kene ingat ! segempak mane perancangan mereka sekali pun, Allah jua sebaik baik perancang.

21.12.2012


Adalah tarikh yang telah ditetapkan oleh pengkaji barat setelah mentelaah kod kod yang terdapat pade Kaum Mayan.Yang menimbulkan seribu persoalan nye ade ape dgn tarikh konon keramat ni?
Aku dapat rasekan aura kelainan semenjak awal 2012 ,bukan bende yg mengarut tapi cume , yelahh lain macam lahhh dan sekarang kita semakin hampir !Contoh dari skop negara kite nie, baik politik mahu pun kehidupan sosial ,ade kelainan.Seperti ade sesuatu kejadian yg gempar akan berlaku tapi masih samar samar dihujung tahun 2012 ni tak pun tahun hadapan..Oh ya aku bukan nye nak meramal dan aku memang jenis tak suke meramal sebab ape, sebab nanti kalau GAGAL aku sendiri yg kecewe dan boleh meruntuhkan keyakinan terhadap diri sendiri so buat ape aku nak set bom di rumah sendri ye dak ye ?.Sekarang ni pun isu TAUFAN SANDY masih belum rede disamping Presiden Barrack Obama yang keletihan berkempen sane sini dan berjaya memenangai kempen partinye.Mesti bertambah penat  die nak setlekan masalah bencana nie, menang dah sudah sekarang keje kene jalan lah.Akan ku perhati dari jauh perkembangan ni , senyap, bersendiri, shuuhhttt.. takde sape tahu.. be like a gost shuhhhttt.. ok,cukup.

Baru baru ni aku ade menonton sebuah rancangan realiti tv di channel National Geograpic ,DOOMSDAY PREPPERS. Dalam cerite tu mengisahkan realiti sesetengah penduduk Amerika yg bertungkus lumus menyediakan persiapan rapi menanti hari kiamat.Dan paling ironinye cerite tu start apabile hampirnye bulan disember 2012.kenape yee? adakah mereka mahu mengajar kite? Sesetengah akan gelak dan ckp aku cepat sgt percaye nak2 cerite amerika dan sesetengah akan cakap ceritu tu hoax atau sekadar nak menakut nakutkan orang awam tak pun mengaut keuntungan tapi korang tak pernah terpikir ke, kenape dorang buat cerite sampah macam tu dan aku tgk org yg dlm realiti tv tu macam psycho gile yg percaye betul2 hari kiamat nak dekat tapi yg lebih kelakarnye dorang beranggapan kiamat boleh dielak dan boleh selamat sekerinye persiadaan dibuat bagi menghadapi hari tersebut.Ade pulak tu yg buat persediaan bagi mengelak ZOMBI(aku masih menantikan para blogger yang menkaji perihal fenomena zombie ),hahhaa kelaka bukan?Takan dorang nak tunjuk bodoh dorang? adakah mereka mahu memberitahu seluruh dunia yang mereka mempunyai rakyat yang kolot sedangkan kita telah ketahui yang rakyat amerika terkenal dengan sifat membangga diri dan bajet bajet gempak belaka,asal gempak dorang je lah zz..(tidak semua).
Aku rase tidak !

Aku tanak ckp lebih la pasal cerite tu samada betul ke tak, lantak depa lah sebab kepercayaan aku lebih kepade Al Quran dan Al Sunnah dan umum tahu sebagai umat islam wajib kite beriman kepade kedue sumber ni atau aku panggil  UNIVERSAL SOURCE.Ya sumber alam berkat wahyu Ilahi kepada utusan nya Muahammd, selawat dan salam sejahtera kepada baginda.

Berbalik kepade topik asal td, bagi aku disember 2012 bukan kiamat tapi satu era titik permulaan untuk tahun tahun yg akan datang.Senang cite 2012 starting point la, untuk dunia baru akan dtg.Yang menjadi fears factor bagi aku adalah dunia yg mcm mana ?moden ka? mundur ka? peperangan ka? rate rate akan cakap of course lah dunia moden dan aku tak nafikan, tapi dunia moden yg mcm mana?? kene ingat dalam kemodenan dunia ciptaan manusia nie mesti ade kemunduran, yaaa macam Ying dan Yang lah. BAIK DAN JAHAT tidak boleh dipisahkan, dengan itu alam ini berjalan dengan lancar,segalenye dengan izin Nya juga.. Mundur dari segi macam mane yg aku maksudkan? tak lain tak bukan mundur dari segi akhlak.Jangan kate in future, in present pun dah terjadi.Lihatlah sekeliling kita, moden moden dah tapi akhlak jahanam,tapi tak semue lah.Dan sepekare yang amat penting untuk aku tekan kan kat sini ialah zaman purba adalah moden !buktinye banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan oleh pakar penkaji kita takpun seluruh dunie, korang carilah sendiri.Tapi lihatlah  ape yang terjadi kepade mereka? Dilande azab bencane alam atas keruntuhan akhlak moral mahupun kerohanian didunia moden yang mereka banga banggakan ! seperti yg tercatat dalam sirah.Dan ia menjadi sebab wujud nya nabi dan rasul sebagai khalifah yang membimbing dan memperbetulkan keadaan mengikut acuan yang betul yg diredhai Allah  pade setiap kaum dan tamadun nabi itu sendiri.Kate putus dari aku kemodenan tidak menjamin kesempurnaan.Tiada yang lebih sempurna di alam ini kecuali Allah(* ciplak ayat saudara ibu separuh masak jap hehe )
Tapi ade yg lebih menarik dari itu, dan perkare inilah yg buat aku tersenyum dan senang hati.

KEBANGKITAN ISLAM

Atau aku panggil kebangkitan rohani.aku yakin ramai para muslimin dan muslimat menantikan saat saat gemilang ini bagi menggantikan dunia sekarang yang penuh korupsi dan kehancuran.Benang benang kebangkitan seperti dah ade tapi yelah macam aku cakap samar samar.Hanye menunggu trigger dari yang benar benar terpilih.Apeape pun samesame lah kite nantikan detik itu dan berdoa agar zaman kebangkitan islam berada dizaman kita.

P/S :SEMEMANGNYA KEBANYAKAN TOPIC BESAR KAJIAN KONSPIRASI MASIH TERGANTUNG TANPA PENUTUP dan menunggu mase untuk diselongkar hari demi hari oleh pakar konspirasi dan pakar ilmu kebenaran serate dunia.Kebenaran dan kejahatan begerak seiring !

salam satu umat (tak main la satu malaysia je :)

Thursday 8 November 2012

Aku racist?

Ntah la, kali nie aku macam terpanggil nak komen pasal semangat 'bangse' nie.Mostly rakyat malaysia tak faham lagi erti perpaduan atau name glamournye 1 MALAYSIA.Dunie ini universal, untuk semue, kecoh sgt racist ni kenapee?! Semue ade agenda msing masing kalau bab mengutuk main kaum nie. Takde sape yg betul sebenarnye.Semue patut sedar kelemahan masing masing dan belajar bertolak ansur, SIMPLE.


Monday 5 November 2012

Karut tahap dewa ?

Aku terbaca posting comment di salah satu blog kegemaran aku untuk dibaca mengisi mase yg terluang bla bla bla..Article kali ni aku sengaje bagi rare sket sebagai pemanas badan bagi artikle yg akan dtg(mugkin lebih rare) so korang akan terbiase dengan ape yg nak aku sampaikan. Tanpe cite banyak aku paste kan salah satu comment orang tersebut

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber : Anonymous
Rate : Very top secret

Tuan Tanah; Apa pendapat tuan mengenai artikel dibawah. Adakah ia benar atau just Karut-Mengarut, ataupun ia sesuatu ucapan yg penuh simbolik yg mempunyai maksud tersirat... 
.
PADA HARI INI KAMI AKAN MEMBONGKAR SATU RAHSIA KENAPA PIHAK USA AMAT TAKUT KPD MALAYSIA DAN SETAKAT INI TIDAK BERANI MENCEROBOH MALAYSIA..RAHSIANYA IALAH..
KERAJAAN MELAYU MENGUASAI TEKNOLOGI CUACA DARI KITAB HIKMAH AGONG NABI SULAIMAN..ANTARA KEUPAYAAN TEKNOLOGI INI ADALAH:
-MENGUBAH GELOMBANG ATOM SESUATU UNSUR..MYBBKAN SEBARANG ALAT ATAU SENJATA AKAN JAMMED
-MENGUBAH ALIRAN MAGMA (BAGAIMANA?..X BOLEH DICERITAKAN DI SINI) MYBBKAN GEMPA YG MAMPU MEMBELAH BUMI AMERIKA KPD DUA..
-PALING BAHAYA ADALAH PENGHENTI MASA SUATU ATOM..
INI MENYBBKAN SEMUA ELEKTRON SUATU ATOM AKAN TERHENTI MYBBKAN SEGALA SESUATU AKAN RANAP..MASA AKAN TERHENTI DAN PALING BAHAYA AKAN GHAIB TANPA TANDA..BAHAYA ALAT INI ADALAH IANYA 1000 KALI BERBANDING SEBARANG BOM NUKLEAR ATAU LASER..KATAKAN SEBIJI ALAT INI DIAKTIFKAN DI CALIFORNIA (SAIZ 10 X SEMENANJUNG)..DALAM MASA KURANG 10 SAAT..TIADA APA YG BERSISA MASIH TINGGAL DI SITU WALAUPUN SETITIS AIR)..
SEBENARNYA MAKMAL TEKNOLOGI RAHSIA MALAYSIA YG BERADA 3000METER BAWAH SELAT MELAKA MENEMPATKAN 15000 TANK ROBOT YG AMAT CANGGIH, 7000 HELIKOPTER SUPERENERGY YG MAMPU MEMUSNAHKAN 5000 KERETA KEBAL SEJAM, 15000 PESAWAT JET PENGGEMPUR TERMAJU YG TAK PERNAH DICIPTA MANUSIA DLL YG TAK MAMPU DI SEBUT DI SINI..TEMPOH PERISTIWA BESAR SEMAKIN HAMPIR..PIHAK US SUDAH DAPAT MENGESAN DAN DISANGKA IRAN MENYIMPAN TEKNOLOGI PEMUSNAH MASSA..KAMI MENANTI SAAT TERSEBUT..
INILAH 'PLAN ALAM' YG DISEBUT PARAMESWARA,HANG TUAH, SYEIKH SAMMAN, WALI SONGO'.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalannye sekarang, anda muntah tak bile habis baca posting tersebut ? Satu persoalan yang penuh misteri.Sebagai pengkaji sedian berhad macam aku ni ,ape ape pun bole jadi kalau telah ditakdirkan tuhan.
Memang susah nak dihadam dek akal dengan artikle extreme mcm ni. Tapi tkpelah aku tinggalkan persoalan ni terbuku diminda korang masing masing.Bagi aku banyak lagi misteri yg masih belum terungkai ditanah air tercinte kite ni mahupun seantero nusantara.Kate putus dari aku...

NUSANTARA YANG PENUH MISTERI !

P/s : Di ingatkan kepada readers supaya jangan mempercayai article ini bulat bulat.Sedangkan aku pun masih ragu ragu.Kaji lah sendiri kebenarannye, jgn malas ! Oh ya aku dah start berblogging dah,permulaan yg baik kn? :D



Saturday 3 November 2012

Sunyi itu seni.

Memang sunyi sangat hidup lately nie, manekan tidak awek takde buat mase sekarang.So pada awek awek diluar sane, tunggu abang sampai :D Kejinakan aku dalam blog ni ade gune nye jugak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang ni aku takde mission sesangat mcm sbelum ni.Yang tinggal study aku tu je la,dengan berbekalkan result yang tak sberape baru baru ni(naseb baik lulus!).Tu sebab banyak mase terluang dan lebih lebihan lemak mase yang aku ade untuk aku wasted kn.Dan seperti biase perkare perkare yg mnjd ciri ciri pilihan adalah,errr RAHSIA beb!.Mane bole bgtau woi! ikut suke aku la nak buat ape.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tapi aku sedar, makin aku meningkat dewasa makin aku hendak mengerti erti kewujudan heh mcm lagu Teman Peganti pulak,yo malik!Banyak yg telah aku bace dari media mase 2 years lately nie.Tak tau la plak kalau korang pun ade pengalaman mcm aku ni tak pun yg dah pernah lalui semue nie.Dipendekan cerite aku sekarang nak menerapkan segala info disni so ilmu itu tak tenggelam dek ingatan.

SHORT TERM MEMORY LOSS

Aku sekarang lebih kepada menkaji segala unsur unsur kehidupan baek dari segi social, economy,politic, etc mahu pun ketuhanan, sejarah dan sebagainye.Banyak ilham yang aku dapat so tak rugi aku teruskan kajian aku selame nie.Aku  akan selitkan coretan aku dalam posting akan datang sabar ya KO BUAT LEK JE ! zz

so,

SALAM PERKENALAN DARI HAMBA

What a wonderful world.




New Era







Ya, itu sahaja yang boleh aku nukilankan sebagai pembuka kata.Untuk pertama kalinya aku menaip sebagai seorang blogger atau nama saintific konon konon adalah rookie blogger dan masih mentah tapi jangan muntah sudah.Apa yang menarik aku untuk memblogger ni adalah demi mengasah skill pengetahuan atau omputih die creativity skill.Tanpe pikir banyak aku buat jelah, sebab aku yakin lame lame aku asler one day(kalau la usaha ni berterusan).
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk posting yang pertame kali nye (aku masih konfius dengan penggunaan ayat yg sesuai,so buat mase sekarang aku taram je), aku nak tanye korang ,kenape perlu tanye sape kentut kalau dah tentu takde sape mengaku?

Ok selamat pikir dan selamat blahhh dari sini...  :p

Catatan: Saturday 12:50 3/11/2012