Thursday 20 December 2012

Sehari sebelum esok 21.12.2012 !


Posting kali nie sengaja aku sertakan video diatas kerana bagi aku banyak rahsia dan misteri selama peradapan manusia terdapat disitu.Tak lupa juga ilmu yang dipesongkan oleh zionis.So kene lah rujuk Alquran dan Sunnah kalau nak membezakan mana yang batil dan mana yang hak.Banyak perkara yang boleh dibincangkan tapi aku kekurangan masa untuk memperjelaskan.Aku tau korang ade ilmu yang tersendiri untuk dihuraikan melalui video ni.Tengoklah sendiri, aku jamin terangkat punya.bagi yang banyak ilmu didada aku yakin anda akan tersentak.Bagi yang taktau apaapa pula comfirm terpinga pinga :D Biarlah esok menjadi penentu segalanye samada betul atau salah kajian manusia tentang perihal misteri pada tarikh esok selame nie.Andaikata salah tertutuplah dengan sendirinya kajian kalender mayan ni.Andaikata betul ? nahh..,aku taktau nak cakap apa. 

Sedikit klu yang aku dapat dalam video diatas
-kaitan manusia dengan alien/jin/syaitan
-Teknologi purba
-Fungsi piramid yang sebenarnya
-Atlantis dan lumeria
-Kebolehan manusia yang kita tak ketahui
-Peranan iluminati dalam memesongkan sejarah dunia
-Unsur unsur dajjal
-dan banyak lagi..

Tengoklah macam mana nanti kalau free aku update siket siket artikle nie.Sekarang aku nak siap siap ke 
kelas.Kalau ada ape ape komen dan cadangan ,silalah comment dibawah.Comment anda teramat dialu alukan !


Updated.4:39 pm

Ruang komen masih kosong ? ahha sokay blog aku bukan femes pun.Yang penting aku ikhlas menaip dalam sampai menyampaikan, tk kisah takde pengomen takpun followers pun.

Ok berbalik pada video diatas. Kalau mengikut posting yang lepas pasal langit ada bentuk piramid yang aku sendiri nampak, aku rasa macam dah tau jawapannya. Ape yang aku nampak sebenarnye kemungkinan garis ley lines.Untuk membuktikannya, cuba cuba lah korang perhati langit,ade rezeki mesti nampak punya ! :D Apakah itu leylines? Mengikut kajian barat leylines merupakan garis segitiga yang bertindih tindih dan sebelah menyebelah antara satu sama lain yang berada dilangit menutupi seluruh  bumi.Fungsi leylines ni aku tak berapa pasti, yang pastinya leylines nie ada kene mengena dengan spiritual dimana ia dikatakan garis frenkuensi bumi atau nyawa bumi.Ya, bumi dikata makhluk hidup seperti pokok.Korang mesti penah dengar istilah mother of nature kan.Dan satu lagi Nabi Muhammad sendiri pernah mengatakan bumi ini seperti wanita tua yang sedang uzur (bongkok) dalam menerangkan usia bumi.Dan dikatakan pusat leylines ini berada di mekah.Mengikut kajian barat, disinilah fungsi piramid sebenarnye dimana piramid dibina betul betul dibawah titik leylines.Piramid akan menyerap frenkuensi dari leylines itu untuk disebarkan ke darat.Bak kata dorang lagi, sekirenya dapat menguasai leylines ini maka boleh mengcontrol bumi.Dalam erti kate lain dapat mengawal spiritual manusia.So korang perasan tak something fishy here..?? Bagi pendapat aku yang tak berape nak cerdik nie, disinilah dajjal mengambil peranan memesongkan manusia.Segala simbol simbol yang kita biasa dengar seperti dalam freemason dan iluminati sebenarnya mengenai bende bende camnilah termasuk simbol star. Simbol dan kegunaannya itu adalah betul tapi sayang dikuasai oleh manusia yang berniat jahat.Bila anda mempercayai leylines ini secara tak langsung anda tak kan pelik dengan segitiga bermuda.Triangle lagi :D yang itu pula leylines daratan dan lautan.Kalau nak tahu lebih lanjut google lah sendiri,aku sendiri pun tak khatam bab nie,bace sepintas lalu je.

Ape ape pun, tak silap akulah ilmu leylines ni sebenarnye dah lame dikuasai oleh islam terutamanya ahli sufi.Tapi sayang atas faktor fitnah dajjal dan masyarakat islam sendiri yang tidak memandang ilmu sebegini atas faktor sibuk menaikkan taraf hidup dan hal duniawi.Sehinggalah dapat kepada si dajjal dan sekutunya.Sayang seribu kali sayang :( dan seperti biase lantas mereka pon klaim ilmu ni dari dorang.Congak nye amat mudah, dajjal beralih arah ke ilmu sufi islam dalam diam setelah die melalaikan dunia dengan ilmu duniawi ciptaan dia yang berada didepan mate kita sekarang.Dajjal sendiri tau ilmu kebenaran islam yang dibawa Nabi Muhammad,oleh itu dia menggunakan ilmu islam untuk menjatuhkan islam itu sendiri.Begini fitnah dajjal sebenarnye,memesongkan benda yang sudah lurus.So sedarlah wahai umat islam.Kita sibuk belajar duniawi yang dicipta dajjal sedangkan ilmu kebenaran sebenar benarnya ada pada kita ! Salah sapa? salah kita sendiri kerana tanak memperkembangkan secara meluas ilmu ilmu yang berharga ini dan memandang rendah ilmu pengajian pondok dan tarekat..Alhamdulillah ramai sekarang yang buka mata, termasuk aku.Sekirenya ade amse dan peluang,sies aku nak belajar ilmu sufism 4 cabnag ni, Syariat, tarekat,hakikat, dan makrifat. Tapi apekan daya diri sendiri terpaksa sibuk belajar pelajaran di kolej yang semata mata mengejar pekerjaan.Sedangkan kalau kita expert atau PHD dalam ilmu kesufian, macam macam boleh jadi dan tak dapat aku bayangkan,ape ape pun dengan izin Allah.

Maaf sekiranya penulisan aku ade yang tidak tepat maklumlah manusia sering melakukan kesilapan.Lagipun aku just berteori je.Tak pula terus pecaya bulat bulat.Kalau korang ade teori atau mahu memperbetulkan aku sila lahhh....









Monday 17 December 2012

Fenomena UFO apakah realiti atau fantasi ?




Wahai sedara ku dan pembaca semua, izinkan aku meluahkan apa yang terbuku tersimpan.Masih ramai yang tak sedar mereka berada dikeliling kita.Fenomena pernampakan UFO semakin menjadi jadi diserata dunia.Beruntunglah kepada mereka yang telah mengalami pernampakan mereka dengan mata sendiri,aku tidak terkecuali.Mereka seperti berani untuk memunculkan diri taktala umat manusia dibuai mimpi yang penuh keegoan dengan menidakkan kewujudan mereka.Bukankah tuhan telah mengatakan ada makhluk selain kita?

Bukan untuk menakut nakut kalian, dan tidak pula untuk mendewa dewakan.Hanya untuk memperbetulkan persepsi orang ramai yang menidakkan mereka.Tidak pasti pula mereka ciptaan siapa.Manusia kah? atau makhluk sedia ada ciptaan tuhan yang selama ini memerhati kita dan menjadi penghuni bumi bersama.Aku berharap suatu hari nanti akan kita temu jawapannya demi kesedaran manusia sejagat.Agar kita tidak mudah dipermainkan lantas diperkotak katikan oleh individu yang sentiasa mengambil peluang menyesatkan manusia.Dilubuk hati kecil ku sering ku khuatiri mereka muncul didepan khalayak ramai dengan banyaknya secara tidak disangka sangka tanpa sempat berkata apa.Dan ternyata ketika itu baru anda menghantuk dinding dikepala menanyakan mimpi atau sedar.Tapi ingatlah jangan takut kepada mereka, tetaplah mereka makhluk tuhan juga.

Apakah yang mereka inginkan? apakah mereka kawan atau lawan? Persoalan ini sering tercetus di minda.Masih ramai yang lebih arif diluar sana, tetapi sengaja mereka merahsiakannya. Atau mungkin mereka TERPAKSA merahsiakan.Biarlah yang mencari kebenaran meneruskan kajian.Jangan dipersendakan apatah lagi dipinggirkan.Insyallah kalian akan mengetahui nya juga suatu hari nanti,aku jamin malah penuh yakin.Hanya masa yang akan menentukan.

Apa yang lebih penting, dunia semakin dipenghujung jalan. Sedikit klu untuk tatapan,
FAHAMILAH MAKSUD SEBENAR KITA DIJADIKAN SEBAGAI KHALIFAH DIMUKA BUMI.



Surah Al-Baqarah ayat 30.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.
Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi….”
lalu para malaikat menjawab….
Adakah kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah?”
“….sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau…”
“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.”




Friday 7 December 2012

Piramid terapung

Assalamualaikum.

Kisah piramid terapung yang penuh misteri.

-  Atas pengalaman sendiri, lantas tergerak untuk dijadikan sebagai idea untuk posting kali 
    ni.Sesungguhnya susah nak digambarkan dengan kata kata.Tuhan sahaja yang 
    tahu, terpulanglah pada anda...
-  Kebetulan atau ilusi mata aku tak sure tapi itu inilah yang aku nampak
-  Kalau korang perasan, malas punya style menaip haha maklumlah kekurang tatabahasa/ayat atau 
   mungkin sekadar memang aku tengah malas menaip tapi tetap jgk nak menaip.(apekah ini?) lol
-  bukan ape, sebab memang sukar untuk aku perjelas kan dengan kata kata, insyAllah lain masa kalau
   free + rajin, aku akan siapkan full artikle mengenai hal ni.So harap ia warm up semata mata 
   sambil mengumpul bukti yang lebih ngam untuk tatapan umum kalian semua. 
-  PERINGATAN  :  Aku perasan dulu bende alah ni sebelum nie then baru lah aku buat research 
   sket dkt youtube mengenai perihal ni aleh aleh mmg ade orang lain yang nmpk selain aku siap
   rakam lagi. So anggaplah video dibawah sebagai bukti bukan direct dari aku yang boleh
   mengukuhkan pengalaman aku sendiri.
-  ini bukan cita bohong , ini gua hanya mau tolong..



Disini aku sertakan salah satu antara beribu(aku rasa) fenomena piramid terapung yang sempat dirakam oleh mangsa yang perihatin( aku gelarkan mangsa sebab selalunya kes kes mcm ni/ paranormal cerita dkt public dicop gila, khayal penipu,kuat tgk filem dan sebagainya, Sad story bro but TRUE


ok masih kurang jelas? atau menyedapkan hati dengan mengatakan itu lampu dan bla bla bla..


Sekarang lihat ini pulaa



WHAT THE HECK IS THIS ?

Untuk pengalaman aku sendiri mengenai ni, ape yang aku nampak tak begitu jelas seperti yang diatas
 malah lebih samar samr, lutsinar kate orang.. tapi takpe aku akan teruskan kajian.Dan sengaja nak
 bagitau aku baru lepas pulang dari lawatan tak rasmi ke Muzium Negara petang tadi, maklumlah nak
 cari idea dan beberape bukti kukuh untuk penyiasatan detektif conan sedian berhad untuk topik yang 
 telah aku kemas kini dan rahsiakan dalam jagaan rapi.
 Nak tau ? berdoalah supaya aku panjang umur dan rajin meneruskan kajian. :D

Last but not least


Lebih kurang macam nilah samar samar kalau mengikut pengalaman mata aku sendiri.Tapi kesahihan video ni aku tak pasti, hanye sebagai contoh sahaja. Ke korang rase topik video nie boleh dijadikan topik besar?? jeng jeng..

Now back to the biggest question, what is that ? totally mind blown. Key word : UFO/SKY KINGDOM/HOLOGRAM/INVISIBLE atau HIJAB TERBUKA? Wallahu A'lam

SEDANGKAN DI DARAT PENUH MISTERI INIKAN PULA DILANGIT APATAH LAGI DIATAS SANA


Sekian.





Sunday 2 December 2012

Tahniah Harimau Malaya !!!

Oh lama tak menaip untuk blog sendiri kerana busy dengan kelas di kolej  yang baru bermula.
Tanpe cite banyak aku yakin dan pasti semangat kita rakyat Malaysia berkobar kobar sekarang manekan tidak Malaysia menang dalam perlawanan menentang Indonesia.

Buat pengetahuan korang Malaysia layak ke separuh akhir setelah memenangi tempat ke 2 dalam group B dengan 6 mata kalah 1 dan akan bertemu dengan filipina dipusingan seterusnya.Harap Harimau Malaya teruskan kemaraan hingga ke final, insyallah kalau free sampai juga ke stadium bukit jalil.Kredit untuk Mahali Jasuli yang berjaya menjoringkan 1 gol dan 1 asisst, Man of the match pada malam ini aku rasa.Tak lupa juga pada Wan Zak Haikal, kencang ah lu broo, dah la laju, garang,muda lagi plak tu, sebijik rimau betul haha talented gila.. Tahniah!

Ape yang lebih menarik semangat yang ditunjukkan dari player malah penonton itu sendiri. Bangga menjadi rakyat Malaysia beb ! tapi dalam berpesta ingatlah jugak ini hanya permainan/hiburan semata mata. Kerja yang wajib jangan lupe plak*peringatan untuk diri sendiri jugak ni..Yang sebok kutuk mengutuk tu, kamon lah jgn la sampai begitu sekali, its just a game nothing more than that.Masing masing dah besa kannnnn... Indonesia main amat bagus juga seperti Andik, dan kalau anda perasan kelihatan keeratan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan both players. Macam nilah yg kita mahukan.Lagi pun bukan org lain, saudara serumpun juga. Buat penonton tegar atau yang biasa, Jagalah adab kesopanan dalam berhibur.Barulah sukan itu dapat menjana siratulrahim yang erat.

Dalam masa berhibur ingatlah tanggungjawab dan nilai murni dalam kehidupan kita.



Disini aku sertakan video klip perlawanan Malaysia vs Indonesi AFF Suzuki Cup 2012.


Tahniah sekali lagi diucapkan. Selamanya Harimau Malaya !!!

*esok aku ada game bola dengan club tempat tinggal perumahan aku, doakan jaringan untuk aku pula ok? hehe