Saturday 16 February 2013

Nota Kaki

Assalamualaikum

Sedang dunia dibelengu pelbagai masalah.Kini aku pasti rata ratanya ramai yang sudah 'celik mata' dengan ilmu kebenaran.Sekarang tinggal masa untuk mencari penyelesaian.Sebenarnya, didalam Islam sudah ada cara penyelesaiannya tinggal saja kita ,bagi mengamalkannya.Islam itu adalah jalan yang selamat dan sempurna, dan Allah telah menjadikan Nabi Muhammad sebagai simbol kesempurnaannya.Benar, jalan pintas ke syurga adalah melalui islam.Sedangkan Nabi Isa sendiri begitu rindu dan teramat mahu menjadi umat Nabi Muhammad.Dilahirkan sebagai seorang Islam adalah suatu hadiah yang paling besar dalam hidup seseorang manusia.Bersyukurlah kita kehadratnya, kau dan aku.. Islam.

Wahai readers sekalian, aku tahu aku tidaklah mempunyai ilmu yang cukop dan masih mentah dalam pengembaraan alam dunia ini,but.. I have a question for you, apakah matlamat hidup kalian yang sebenar benarnya? Kaya? Berpengaruh? ahh.. itu jawapan bagi pencinta duniawi.Aku yang dhaif ini mahu lihat kalau boleh jawapan yang lebih tepat dan sempurna.Kalau ada sila commentkan diruang comment dibawah ya..Jangan risau aku bukan nak judgemental, tapi mahu menambah ilmu itu aja.Sharing kan caring, tak gitu ?

Sementara Ancient Alien sudah pun masuk ke season 5, hati aku semakin tak tenteram.Kenapa agaknya ya.Takpelah aku biarkan saja.Yang penting banyak jingsclue dan jingsaw yang aku dapat selama pengembaraan imu kebeneran ini.Hanya tinggal di TRIGGER kan bak kate buah hati melayu nusantara Cik Sri Kandi.Kepada yang tergerak hati seperti aku mungkin dapat merasanya.If u really know what i mean :)

Aku dapat maklumat yang zaman kemunculan Imam Mahdi semakin HAMPIR.Maksud aku bukan hampir hampir pisang, hampir sebenar hampir!Hanya tinggal Pemuda Bani Tamim je yang aku tunggu sekarang dimana kalau mengikut hadis dan beberapa pengkaji dan pencinta Imam Mahdi beliau,PBT akan muncul dahulu dalam perkiraan 18bulan sebelum Imam Mahdi yang ditunggu tunggu muncul.Bukan nya mahu lihat dimana dan siapa orangnya, tapi persoalannya adalah sudahkah kita bersedia ? 
Apa yang aku maksudkan ialah ,zaman akhir zaman bukan leh dipandang remeh atau buat main main je, cuba cubalah buangkan segala hal duniawi sekejap termasuk segala masalah dan pikirkan sejenak.Melalui hadis akhir zaman, plot perjalanan akhir zaman sungguh berliku ! Dan tak pelik Dajjal dapat memesongkan umat manusia termasuk Islam.Sebab itu aku sarankan jangan memperlekeh kan pengkaji akhir zaman !

ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?

Topik aku berakhir disini sahaja nampaknya, InsyAllah posting akan datang lebih mencabar !oh ya sebelum terlupa maafkan aku kerana sudah lama tidak menaip disini.Harap kalian sihat dan sejahtera hendaknya dan jadilah manusia yang bersyukur.



Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka kepada orang yang mengucapkan laa ilaha illallah dengan ikhlas kerana ingin mencari wajah Allah. -HR. Bukhari dan Muslim

2 comments:

  1. Assalamualaikum awak,

    Nice post. Sama-samalah kita bersedia. Bersihkan hati, sucikan jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,

      Haiyaalal falah.Mari menuju kejayaan bersama.

      Delete