Sunday 2 December 2012

Tahniah Harimau Malaya !!!

Oh lama tak menaip untuk blog sendiri kerana busy dengan kelas di kolej  yang baru bermula.
Tanpe cite banyak aku yakin dan pasti semangat kita rakyat Malaysia berkobar kobar sekarang manekan tidak Malaysia menang dalam perlawanan menentang Indonesia.

Buat pengetahuan korang Malaysia layak ke separuh akhir setelah memenangi tempat ke 2 dalam group B dengan 6 mata kalah 1 dan akan bertemu dengan filipina dipusingan seterusnya.Harap Harimau Malaya teruskan kemaraan hingga ke final, insyallah kalau free sampai juga ke stadium bukit jalil.Kredit untuk Mahali Jasuli yang berjaya menjoringkan 1 gol dan 1 asisst, Man of the match pada malam ini aku rasa.Tak lupa juga pada Wan Zak Haikal, kencang ah lu broo, dah la laju, garang,muda lagi plak tu, sebijik rimau betul haha talented gila.. Tahniah!

Ape yang lebih menarik semangat yang ditunjukkan dari player malah penonton itu sendiri. Bangga menjadi rakyat Malaysia beb ! tapi dalam berpesta ingatlah jugak ini hanya permainan/hiburan semata mata. Kerja yang wajib jangan lupe plak*peringatan untuk diri sendiri jugak ni..Yang sebok kutuk mengutuk tu, kamon lah jgn la sampai begitu sekali, its just a game nothing more than that.Masing masing dah besa kannnnn... Indonesia main amat bagus juga seperti Andik, dan kalau anda perasan kelihatan keeratan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan both players. Macam nilah yg kita mahukan.Lagi pun bukan org lain, saudara serumpun juga. Buat penonton tegar atau yang biasa, Jagalah adab kesopanan dalam berhibur.Barulah sukan itu dapat menjana siratulrahim yang erat.

Dalam masa berhibur ingatlah tanggungjawab dan nilai murni dalam kehidupan kita.



Disini aku sertakan video klip perlawanan Malaysia vs Indonesi AFF Suzuki Cup 2012.


Tahniah sekali lagi diucapkan. Selamanya Harimau Malaya !!!

*esok aku ada game bola dengan club tempat tinggal perumahan aku, doakan jaringan untuk aku pula ok? hehe






3 comments:

  1. Salam,

    Tengok kat mana? Kedai mamak ke? Kalau saya, tak boleh tengok kat luar. Sebab apa? Memalukan... suara lagi kuat daripada orang lain.. heee..

    Kat rumah sampai anak komplen "ibu ni, mana ada gol, lebih-lebih aje ibu ni.." haha, sungguh tak malu jerit-jerit..

    Harap harimau dapat lawan dengan semangat yang sama macam lawan garuda hari tu. Amin.

    Menang ke main bole aritu? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      biase lah ibu sape tak semangat,ala kalau kat stadium tu hampir semue menjerit punye kann. sy pun hilang jugak lah sore yg sedap nie lepas plwanan hari tu. hehehe

      Ya insyallah amin. next game kemungkinan turun stadium kot, semi final mesti lagi meriah, ibu tk turun ?

      oh ya kalah ,sad :( player lawan ade awang import niger siap,2 kali besa saiz saya huhu. dh rezeki smpi kat situ je.

      Delete
  2. Harrah's Resort Casino, Las Vegas - JTM Hub
    HARRAH'S RESORT CASINO 나주 출장마사지 is located in Las Vegas, 공주 출장샵 NV and is open daily 24 hours. The casino's 구리 출장샵 60000 square foot gaming 울산광역 출장안마 floor features over 950 부천 출장안마 of

    ReplyDelete